// Faith


Entries About Linkies TWITTER FOLLOW DASHBOARD



Assalamualaikum....
alhamdulillah...
syukran ya Allah....
kerana telah panjangkan usia aku hingga ke hari ini... :))
puji-pujian dan zikrullah hanyalah padaNYA... ^_^

post untuk kali ni...
"Ibu dan bapa anda"
emmmm...
apa yang syok sangat nii??
ibu bapa ek?
well, story mori sikit... :DD

ibu and bapa adalah dua insan yang Allah berikan kepada kita.....
anugerah yang terHEBAT....
tapi, sejauh manakah anda menyayangi kedua mereka?
sanggupkah korang mempertahankan mereka ketika mereka dilanda masalah? bahaya?
tanya diri korang sedalamnya....
mungkin ada antara korang tak sedar semua tuu...
terlalu leka dengan apa yang berlaku kat atas dunia....
sehinggakan ada yang sanggup menengking ibu bapa dorang, marah, baling barang (tahap kronik punya ni), pukul, sepak dan sebagainya....
masyaAllah, ada jugak yang sanggup bakar, cincang and even bunuh ibu bapa dorang tanpa belas kasihan....
asta'ghfirullahal'azim....
nauzubillahi min zalik....
mintak jauh dari kita semua.... :((
kadang-kadang sedih tengok, berita macam tu keluar dalam media massa, elektronik dan sebagainya....
terfikir, kenapalah dorang boleh jadi macam tu sekali??

Mentaati kedua Ibu Bapa

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim
Huraian:
  • Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
  • Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
  • Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
  • Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
  • Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.



    Kedua: Derhaka Kepada Ibubapa Termasuk Dosa Besar
Abi Bakrah radhiallahu 'anh berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?
Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”

Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.

Derhaka kepada ibu adalah lebih berat dosanya, berdasarkan sebuah hadis lain dimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengkhususkan larangan berbuat derhaka kepada seorang ibu:

Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. Dan (Allah) membenci kalian menyebarkan gosip, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.

Yang dimaksudkan dengan derhaka adalah apa sahaja perbuatan yang bertentang dengan berbuat baik dan ihsan. Antaranya, meninggikan suara, menggunakan perkataan yang kasar, sinis dan menyinggung perasaan, tidak memenuhi permintaan mereka (selagi mana ia bukan sesuatu yang bertentangan secara jelas dengan syari‘at Islam) dan membiarkan mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani.
Seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai.

‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma pernah menerangkan bahawa dosa-dosa terbesar ada sembilan, iaitu:
Mempersekutukan Allah, membunuh orang lain (tanpa hak), melarikan diri daripada pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan zina), memakan riba’, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat dalam masjid, menghina ibubapa dan (menyebabkan) ibubapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).

Ibu dikhususkan daripada ayah kerana lazimnya kita sebagai anak-anak lebih berani bertindak derhaka kepada ibu berbanding ayah. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian kita tidak menghormatinya, lantas berani bersikap derhaka kepadanya. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran khusus kepada kita berkenaan ibu kita, bahawa janganlah menderhakainya.

Sahih:
Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2654 (Kitab al-Syahadat, Bab apa yang diperkata berkenaan sumpah palsu)
Sahih:
Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5975 (Kitab al-Adab, Bab derhaka kepada ibubapa termasuk dosa besar).
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad – hadis no: 8 dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 2898

hadis riwayat al-Hakim tu telah diambil dari http://hadis.feryco.com/mentaati-kedua-ibu-bapa dan hadis2 seterusnya diambil dari http://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%202.htm




cuba korang bayangkan, macam mana satu hari nanti,


korang ada kat satu tempat, then, suddenly korang dapat satu berita yang mengejutkan...


berita tu menyatakan yang ibu bapa korang meninggal dunia dalam satu kemalangan....


korang tak sempat nak salam, peluk and cium pipi kedua mereka?


tak sempat bermaaf-maafan?


so, agaknya apa reaksi korang ea?


sedih, marah, kecewa?


sedangkan semua tu, adalah ketentuan Ilahi...


emmm.....


Wallahu'alam....


renungilah semua ni... :))


Wasalam....





~August 6, 2011~
~Saturday~
~7.50 A.M~





tersedar,