// Faith


Entries About Linkies TWITTER FOLLOW DASHBOARD

mungkin rezeki aku lebih baik selepas SPM? :)


Assalamualaikum dan ohayo gozaimasu minna. :) fuuuhh, cerah selepas hujan. mungkin itu yang dapat aku katakan. tapi, mungkin jugak sebaliknya. Wallahu'alam. tiada siapa yang tahu, melainkan Yang Maha Esa.

lega aku rasakan. terasa rezeki ni terlalu berat untuk ku terima. apa apa pun, terima kasih Allah. aku jadi tak terkata. tu je yang aku boleh katakan. tapi, apa cerita sebenarnya kan?

okay, meh aku ceritakan. untuk keputusan SPM yang lepas, 2011, aku berjaya dapat 5A je. tak lebih, tak kurang. tapi, aku dapat rasakan yang aku dapat bawah dari 3A. padahal, banyak main dalam kelas. aku sangat terkejut masa dapat tahu. ketika itu aku sedar, adanya DIA di sisi. sentiasa dekat dengan aku ketika aku jauh denganNya. Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT. :')

then, bila keputusan Matrikulasi keluar, aku tahu dan sedar aku tak dapat punya. memang sangat frust. aku mengelamun dan macam macam laa. (pssstt : memang bukan macam diri sendiri dah) tetiba, aku check, aku dapat. memang terkejut sangat sangat. terasa macam tak deserve semua ni. tapi, aku taktau. aku cuma anggap yang semua tu mungkin rezeki Allah SWT yang DIA telah tetapkan pada aku. sungguh, aku memang speechless.

apa yang aku boleh cakap, bila kita putus asa dalam hidup, cari DIA. bertawakkal kepada Allah SWT. bukan di saat ketika kita memerlukanNya sahaja, tapi bila-bila masa. minta panduan Allah SWT serta mohon ditunjukkan jalan yang lurus dan betul. cuma satu aku nak state kan kat sini, JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP PADA PERTOLONGAN ALLAH SWT. jangan pernah terfikir sekali pun.

bila korang dah betul betul give up dan taktau nak buat apa, berdoa kepadaNya. di saat orang lain putus asa dengan kita, bertawakkal lah kepadaNya. mohon semoga di tabahkan hati dan dikuatkan semangat kita yang hilang. :) itu saja lah aku boleh katakan. Allah SWT akan selalu ada disamping kita, walaupun kita jauh denganNya. :')

anyway, good luck untuk SPM candidates pada tahun 2012 ni. tolong buat yang terbaik dan jangan jadi macam akak. Allah SWT akan membantu hambaNya yang telah berusaha. selepas korang betul betul berusaha, berdoa dan bertawakkal lah kepadaNya. ;)

"Sesungguhnya Allah takkan mengubah nasih sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
(Surah Ar-Ra'd ayat 11)

Ohaya gozaimasu dan sayonara.
Wassalam.



bersyukurlah dengan rezeki Allah SWT. :)