// Faith


Entries About Linkies TWITTER FOLLOW DASHBOARD

adakalanya aku frust dengan diri aku sendiri


Assalamualaikum korang. :) post baru ada lagi. anyway, suddenly Sya terfikir, Sya dah banyak buat silap. sedar tak sedar, kita semua dah banyak buat silap. silap kat ciptaan Allah. kadangkala Allah SWT akan memberikan kita masa sejenak untuk kita muhasabah diri.


yup, Sya memang frust dengan diri sendiri. kenapa? adakalanya, Sya cuba untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta, tapi, tak terdaya. semuanya bercanggah. nafsu menghasut. syaitan laknat mendekati. iman juga kadangkala ada turun naiknya. tak dilupakan juga, dunia. terlalu banyak perkara yang menggoda. siapalah diriku ini. hanyalah ciptaan Pencipta Yang Maha Esa yang khilaf lagi hina. Sya mengaku. bukanlah senang untuk melawan semuanya. terutama nafsu. pernah pada satu masa Rasulullah SAW, ketika sekembalinya dari peperangan Badar yang hebat dengan para Sahabat, bersabda:
"Kita kembali dari satu peperangan yang maha kecil kepada satu peperangan yang maha besar."


Para Sahabat terkejut lalu bertanya, "Ada lagikah ya Rasulullah perang yang lebih besar dari peperangan ini?"

Rasulullah menjawab, "Ada, iaitu perang melawan hawa nafsu."

Manusia. terasa macam dah banyak kecewakan orang. terutama parents. kita cuba nak jadi yang terbaik untuk parents, anak yang soleh atau solehah, banggakan parents. tapi, nampaknya kita tak ada diberi kesempatan. apa yang Sya sedar, segala kegagalan hanyalah satu permulaan untuk kejayaan. setiap kali kita gagal, konfrem frust tertungging & menungging (bagi yang tak faham, maksudnya lebih kurang sama dengan tertonggek) xD maaf atas kekasaran bahasa sebentar tadi. (anyway, dalam masa yang sama nak sedapkan hati sebab kecewa tahap infinity.. Hahaha) apa pun, kita cuba jadi seorang anak yang soleh & solehah untuk parents kita, walaupun susah, teruskan mencuba.

Sahabat. perhubungan yang berterusan walaupun kat mana kita berada. sebab kita akan berjumpa dengan sahabat kita. bertegur-teguran, sapa menyapa. :) tapi, mungkin kadangkala, percakapan & perbuatan kita kerap menyakitkan hati sahabat secara sedar atau tak. mungkin sengaja mungkin tidak. perasaan hasad dengki, iri hati, benci membenci, berdendam. itulah yang menjauhkan ukhwah fillah antara sahabat. tatkala itulah syaitan hadir untuk menghasut untuk menyakiti hati seorang sahabat. mengingatkan kembali apa yang kawan kita buat, ungkit-mengungkit. selagi tu, kita akan cuba buat sahabat sakit hati. sedihkan? & Sya mengaku adakalanya tak dapat nak menahan perasaan sedemikian. perasaan sedemikian hadir. tatkala itu, Sya akan jauhkan diri tanpa sebab kerana taknak ada sesiapa lagi terasa. yea, perbuatan yang tak sewajarnya sebenarnya. tapi, itu jelah caranya untuk mengelakkan hilangnya ukhwah yang sedia ada. also, adakalanya, Sya tak dapat nak jalankan tugas dengan betul. kesian kat kumpulan Sya sebab ada member macam ni. Sya teruk kan? yea, saya tau. :)


apa yang Sya boleh conclude di sini, kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. kita tak sempurna. (by the way, ayat cliche sebenarnya) manusia telah dikurniakan akal untuk berfikir. jika ada kelapangan, cuba untuk muhasabah diri. betulkan niat kita atas dunia ni. :) kuatkan hati teguhkan iman untuk menghadapi ujian dunia. :) kadang-kadang, Allah SWT akan hantar seseorang untuk menyedarkan kita. mungkin bukan seorang Muslim, adakalanya boleh jadi seorang kafir sendiri atau mungkin juga seekor kucing. sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang kita tak ketahui sebab ilmu kita sangat terbatas. :) oh yea, maafkan Sya andai kata post ni menyinggung mana-mana pihak. 

Wassalam. :)