|
About her....
"If only they knew the truth...", kenapa dengan setatment kat atas ni? actually, semuanya berkaitan dengan seorang sahabat sya. Sedih sangat bila dia open up tadi. Di keheningan 1.04 pagi, ku menangis sendiri. Terasa hiba, terasa sedih tentang statusnya selama ini. Dengan kehidupannya selama ini. Tak dapat untukku selami dengan lebih mendalam kerana ku bukan berada di tempatnya. begitu jua orang yang lain. Ya Allah, hebatnya ujian terhadap dirinya. Bila dia ucapkan katanya, tak mampu ku berkata. sya terdiam sekejap. tapi, sebab taknak biarkan dia rasa sedih, sebab agak susah jugak dia nak open up kat sya tadi, sya buat lawak. buat rasa dia bukan keseorangan kat atas dunia ni. buat dia rasa, biar pun mungkin ada yang mencaci atau mencela dia, masih ada lagi orang di luar sana yang support dia. ada untuk dia tatkala dia rasa sedih, tatkala dia rasa kesepian. Ya Allah, semoga Engkau cekalkan hatinya dan sentiasalah jagakan hatinya untuk seseorang yang terbaik untuknya. :) dan semoga seseorang itu dapat menjaganya sampai syurgaMu. ♥
|