// Faith


Entries About Linkies TWITTER FOLLOW DASHBOARD

Hatiku tergendala seketika.


Apa korang rasa bila someone cerita perkara yang sangat penting kat korang? dan dia sangat susah nak cerita kat orang and korang adalah satu satunya orang yang dia boleh percaya? emm? mesti korang rasa sangat dihargai dan sangat diperlukan? apabila seorang sahabat yang sangat buntu perlukan korang di sisi dia, untuk berikan dia pencerahan? untuk tunjukkan dia jalan kebahagiaan dia tatkala dia tak jumpa jalan tu? tatkala dia hilang dalam dunia yang rakus ni? tatkala dia betulbetul rebah? tatkala dia terasa dunia sedang menentang dia dan cuba untuk jatuhkan dia? terasa macam sahabat tu sangat appreciate kita.

apa cer sebenarnya? lately ni, ada beberapa sahabat yang bercerita tentang dirinya. sya memang pantang kalau orang sudi bercerita tentang diri dia sendiri. sya akan mendengar dengan penuh khusyuk dan teliti. In sha Allah. tapi, bila dapat tahu tentang diri seseorang ni, tanggungjawab kita berat sikit. kita kena simpan aib dia, kena simpan rahsia dia. melainkan dia yang bagitau sendiri. sya sangatsangat menjaga dorang. sangatsangat sayangkan dorang.

adakalanya, sya terfikir, bagaimana kalau mereka yang lain betulbetul mengenali dorang dengan lebih rapat? mungkin dorang akan lebih faham kenapa dia jadi macam tu? tapi, mana boleh. takut jadi macam lain pulak. orang punyalah nak simpan apa yang tersirat kat dalam hati tu, takkan kita nak hebohkan kan? teruk punya etika tuu.

apapun, my dearest friends, terima kasih kerana sudi menjadikan diri ini tempat untuk bersandar selain Tuhan Yang Esa. :) sya tak kesah pun andai kata korang nak luahkan rasa hati tu kat sya. :) walaupun ada kekangan masa, In sha Allah, sya akan cuba berikan ruang untuk korang. and teruskan bertahan. kita samasama bertahan kay?

p/s: kalau nak nangis sangat, nangis je. bila dah lepas menangis, In sha Allah, kita akan jadi lebih kuat.