|
Pintu-pintu itu....
setiap kali sya lalu bilik mereka, sya rasa sedih. kenapa? sebab hubungan kita makin renggang. kenapa renggang? hanya kerana sya ambil berat pasal dia. ini semua gara-gara seorang lelaki. seorang lelaki yang boleh menggoncangkan persahabatan yang telah terjalin.
sejujurnya, pasti ada yang akan buat muka kalau tengok atau baca post ni. sya faham. sebab dia ada belog sya. nevermind. teruskan pemikiran yang ada pada diri tu. cuma sya nak luahkan apa yang mungkin tak terluah dek hati. maafkan sya. sya tak dapat nak luahkan apa yang ada dalam hati kepada sesiapa yang sedang baca post ni, sebab mungkin sekarang kita berjauhan atau makin renggang. :) tidak mengapa. sya mengerti sangat.
anyway, setiap kali nak turun ke kafe or nak ke mana, mesti lalu dua tiga pintu ni. ada pintu yang memberikan kesan sangat. adakalanya, ku tak kuat untuk mengetuk atau membuka pintu-pintu ini. kekadang tu, terpaksa ku gagahkan diri untuk membuka pintu tersebut. di satu sudut yang ku rasa jauh untuk ku capai, terlihatkan satu bayang yang sudah tidak asing bagiku. tapi, sekarang, bayang tu makin menghilang dan makin menjadi asing. hebatkan percaturan dia? :) makanya, itu sebabnya sya makin jarang membuka pintu-pintu yang ada. ku gagahkan kaki untuk melalui pintu-pintu itu. walaupun hati sangat berat untuk melepasi.
sekarang sya tengah bawa hati. maaflah andai kata tak dapat nak berhubung dengan phone sya. sya off phone. sya taknak tahu apa yang sedang berlaku. mohon mengerti.
|