// Faith


Entries About Linkies TWITTER FOLLOW DASHBOARD

Reaching for the sky


sya betulbetul rasa kesian kat someone ni. Kawan atau sahabat yang sangat sya agak rapat. Kenapa? dia tak sedar dia tengah hadapi ujian terbesar buat dirinya, buat keluarganya. ujian terbesar? dia jauh dari Allah. cara dia, perangai dia. family dia. sya bila dapat tahu kisah sebenar dia, rasa lagi sedih bila bayangkan sahabat sya, saudara kita sendiri, dibakar oleh api neraka. sya tak sanggup. rasa sangat sedih. sya ada tanya dia, dia taknak berubah ke? dia kata dia belum bersedia untuk jadi budak baik. dalam hati sya lagi sedih, sebab Allah belum berikan dia hidayah. lagi sya rasa sya nak bimbing dia. walaupun ilmu tak cukup, tapi, sya akan cuba cari ilmu tu, bimbing dia kembali. In sha Allah, kalau Allah izikan, mungkin dia yang akan ubah family dia nanti. walaupun usaha itu nampak mustahil, tapi tiada yang mustahil atas dunia melainkan perkara yang betulbetul mustahil. :)

Kenapa sya beria-ria nak tolong dia nih? Tak rasa terbeban ke? sya pernah jadi macam tu dulu. pernah melalui lembah kejahilan. menyesal sungguh ku menyesal. betapa jahilnya sya dulu. kenapa sya tak cuba untuk berubah dulu? mungkin sebab kedegilan. tapi, kerana inilah mungkin sya lebihkan usaha untuk mencari cinta Ilahi. yup, perubahan itu sangat susah pabila, kita dah terbiasa dengan keadaan asal. dah selesa dalam zon yang kita fikir betul, yang kita fikir selamat. tapi, semua tu, tipu daya syaitan laknatullah. buatkan kita percaya dunia adalah segalanya buat kita. sedangkan akhirat menanti, dunia yang kekal selepas dunia ini.

That is why sya selalu tegur kawan atau sahabat sya. tegur straight. adakalanya berkias. cuma method berkias ni payah sikit. kekadang manusia tu sendiri tak faham or buat tak faham. tapi, lantaklah. sebab sya sayangkan dia, tu yang bagi nasihat "kaw-kaw" punya. dek kerana hati tak sanggup melihat dia dibakar di akhirat nanti. ibu bapa dia tanggung dosa atas maksiat yang dia buat. azabnya pedih sayangku. :(

tapi, bila baca post ni, jangan fikir yang sya nak suruh dorang berubah terus. pastinya bila berubah terus susah nak istiqamah sayangku. percayalah. susah nak kekal. perubahan tu kena perlahan-lahan, tapi istiqamah. itu yang terpenting. apapun maafkan cara sya menegur, teguran sayang tapi berubah menjadi kebencian untuk sesetengah pihak. :) takpelah, sya faham.

ehemm, *betulkan tempat duduk sat** panjang pulak post kali ni. tujuan sya publish post ni adalah untuk kita ambil iktibar. kenapa nak ambil iktibar pulak? ambil iktibar, walaupun kita pernah jahil, kita pernah lalai atau kita pernah lupa wujudnya Allah itu, masih sempat lagi kalau kita ingin bertaubat. note untuk diri sendiri jugak ni. simpan dalam hati, semat dalam minda. di mata Allah, kita sama. yang membezakan kita hanyalah iman dan takwa. and put some effort kalau kita nak berubah. walaupun ianya hanya sebesar zarah. Allah pandang pada effort bukan hasil. ikhlaskan diri, berserah kepada Allah. In sha Allah, hati kita tenang. :) Wallahua'alam. 

p/s : ini hanyalah sekadar perkongsian. :) renungan kita bersama. terutama pada diri sya sendiri.