// Faith


Entries About Linkies TWITTER FOLLOW DASHBOARD

Semakin hari semakin berubah.

 

manusia sekeliling makin lama makin tertunjuk belangnya. ingin saja sya meletup depan orang tu. tapi, kerana nak jaga air mukanya, ku tahan amarahku. adakalanya tertanya-tanya, mengapakah dia sedemikian? selalu bad mood tak tentu hala? tunjukkan perangai sebenarnya. berkali-kali dah dia buat macam tu. kalau sekali takpe, hati ni boleh terima lagi. tapi, kalau dah banyak kali buat perangai macam tu, ikut tension dia je, hati mana boleh tahan? macam gunung berapi jugak, dah lama-lama tu akan meletus jugak kan? begitu jugak dengan hati. kenapa dia tak consider langsung orang kat sekeliling dia? orang yang rapat dengan dia? ingin saja ku katakan pada semua yang rapat dengannya, berhati-hatilah dengan diri. jangan rapat sangat, nanti ada yang termakan hati. tapi, apakan daya? apa hak aku untuk menghalang mereka berkawan dengannya? biarkan mereka. sampai satu hari nanti, akan tertunjuk jua perangainya di depan semua orang. by then, sya hanya mampu melihat je. 

Eh? kenapa sya bengang sangat ni huh? apa dia dah buat? rasanya takdelah teruk mana kan? Okay, memang tak teruk mana, tapi kalau dah setiap kali ada yang tak kena, ada yang tak berkenan dek hatinya, automatik, kata-kata kasar akan dihamburkan, muka tu takyah citerlah reaksi dia macam mana, kelat, pahit, tawar, kosong semua ada. ya Allah, mengeluh ku seketika menyatakan semua ni. also, tak dilupakan, dia jenis yang sangat berdendam. sangatsangat berdendam. pengalaman lepas yang buat dia jadi macam tu. nak sedapkan hati, bukan salah dia. pengalaman tu yang membuatkan dia macam tu. tapi, sampai bila nak sedapkan hati ni dah kalau sampai buat muka, tangan berkepal macam nak tumbuk orang tu. kalau korang berhadapan dengan situasi sedemikian pun akan cuak jugak. believe me. only certain people yang dia akan tunjukkan perangai dia.

dah kenapa sya takleh nak seiringan dengan dia? sejujurnya sya katakan dengan ini, dia menggambarkan diri sya yang dulu. makin lama, makin terserlah sedikit demi sedikit diri sya yang dulu. bila hal begini berlaku, automatik sya start benci diri sendiri. sya dah faham kenapa orang sekeliling sya tak faham, kenapa sya boleh stay away hanya kerana perkara yang kecik. sya mulanya tak faham. bila dah berada di tempat dorang, baru sya faham, "rupanya aku macam ni dulu. teruk betul kau syaza. orang dah terima kau, kau reject dorang."

and actually, berpunca dari satu hal yang tak dapat dielakkan. hanya kerana hal itu, dia berubah mendadak. tapi, maafkan sya. sya terpaksa lepas tangan. sya tak mampu nak tegur dia dah. dia dah start buat hal dia sendiri. maafkanku duhai sahabat, semoga dikau berjaya tanpa kami.