|
Senyum tak perlu kata apaapa. :)
Walaupun kita sakit hati dengan seseorang, kita tahan dalam hati. Walaupun hati sangat sedih, kita simpan dalam hati. Ya Allah, rasa macam hatiku sangat fragile. Sangat vulnerable dan mungkin boleh musnah tak lama lagi. Mungkin akan berkecai. Ini semua ada kaitan dengan post sebelum ni. dan perasaan dia sangat bercampur aduk. niat sya nak bagitau semua orang, jangan tanya tentang status dia lagi. kenapa mesti persoalkan semua tu? biarlah dia dengan kehidupannya.
TAPI, ku tak punyai kekuatan sedemikian. hatiku sangat berkecemuk sekarang. Pada 2 pagi dan 47 minit ini, hatiku merintih. bagaimanakah harusku percaya pada orang? bagaimana untukku terima orang? ku cuba buka, ada orang suruh tutup balik. let it be as silent as it can be. Dia macam, biarkan ku merintih sendirian tanpa teman. Biarkan ku pendam rasa hati daripada ku kongsi. Biarkan ku letakkan perasaan dan hati mereka ditempat teratas dan biarkan hatiku berada di bawah yang mungkin. ada yang kata, "Bagaimana nanti hati kau diaorang pijak? Bagaimana nanti hati kau diaorang permainkan? Bagaimana nanti kau yang rasa sakit hati? Bagaimana nanti?" Persoalan yang ku ciptakan sendiri berdasarkan apa yang orang kata, berdasarkan apa yang mereka sampai. Sudahlah. ku dah jadi se-heartless mungkin ku rasa. Biar hatiku dipijak orang, jangan hati orang yang kupijak. Biar hatiku mereka mainkan, jangan hati mereka ku mainkan. Biar hatiku sakit, jangan hati mereka pulak yang sakit. Sesungguhnya sya rela sendiri daripada sakitkan hati ramai manusia. Semoga satu hari nanti, akan ada seseorang yang boleh bawa sya pergi jauh dari orang yang sya pernah kenal, yang sya pernah baik, yang sya pernah bertekak/bergaduh, biarkan sya jauh dari pandangan mata diaorang kerana itu lebih baik :)
|