// Faith


Entries About Linkies TWITTER FOLLOW DASHBOARD

#throwback


tetiba teringat pasal something. sya nak jadi seorang cikgu. sya teringin sangatsangat nak jadi cikgu. sebab bagi sya, cikgu ni pekerjaan yang sangat mulia. semuanya mungkin gara-gara, mama sya, makcik sya, pakcik sya kebanyakannya cikgu. dah nak buat guane? takde rezeki sya. mungkin rezeki sya kat bahagian lain. (nak sedapkan hati. walaupun, tak boleh jugak)

kenapa sya nak jadi cikgu sangatsangat ni? entahlah. sya pernah jugak terfikir, "aku nak tolong budak-budak melayu. biar melayu naik. biar melayu duduk kat tempat teratas. biar keluarga mereka bangga, biar Islam duduk tempat teratas. biar Islam bangkit semula." namun ku tahu mungkin impian itu susah. sebab sya sekarang dah jauh tersasar dari apa yang impikan. :) pernah jugak terfikir nak kerja kat taska, tadika. suka tengok karenah diaorang. tengok diaorang lari sana sini. ada yang menangis pastu kita pujuk. sweet kan? tapi, bak kata sya, impian. nak buat macam mana? rezeki Allah beri. mungkin bukan rezeki sya untuk jadi cikgu. apa yang sya boleh buat, ajar mahasiswa dan mahasiswi dekat universiti ni, biar sampai pandai. sama-sama excel dalam pelajaran. sama-sama dapat naikkan nama keluarga dan yang paling penting naikkan nama Islam itu sendiri.

Haha. tapikan, nak ajar orang perlukan ilmu. ilmu sya masih cetek lagi. makanya, mungkin misi tu sekali lagi tak tercapai. :) tidak mengapa, mungkin sya kena cuba lagi. dengan bersungguh-sungguh. In sha Allah. :)