|
Hari demi hari....
Cukuplah selama ini hidup dalam bayang-bayang. kenapa kita rasa kita lemah? sebab kita ingat kita takde kekuatan tu. kenapa kita takde kekuatan? kekadang, kita lupa masih ada Allah di atas. kenapa kita lupa? sebab kita terlalu leka dengan hal dunia yang tak pernah habis isinya. kelakar bukan manusia atas dunia ni? terlalu mengejar dunia sampaikan akhirat kita lupa. haiihh. dunia dan manusia. macam irama dan lagu. takkan mudah terpisah.
Alhamdulillah, ada yang telah memberikanku nasihat. nasihat tu akan ku simpan kejap. nasihat tu, telah banyak menyedarkan sya. part yang kelakar, dia dengan baik hatinya, menegur segala kesilapan sya. adakalanya, kita terlupa, tatkala terlalu leka berbelog, kita masih ada Sang Pencipta untuk meluahkan apa yang terbuku. Allah Maha Mendengar. luahkan segalanya padaNya. hati akan lebih tenang. terima kasih atas nasihat tersebut.
Tiba-tiba terfikir, kenapa sya tinggalkan sahabat sya macam tu? kenapa tatkala dia membuat kesalahan sedemikian, akal sya tak dapat nak terima? kenapa sya boleh lupa dia tu masih seorang manusia? manusia yang akan selalu buat kesilapan? kenapa sya nak tengok dia tersungkur? kenapa hati ni hitam sangat? kenapa hati ni jahat sangat? teruk sangat ke kesilapan yang dia buat sampaikan nak bash dia? sampaikan nak tinggalkan dia macam tu? adakalanya tak terfikir semua tu. fikir pasal hati sendiri. kenapa sya tinggalkan dia? sebab sya nak jaga hati. kenapa nak jaga hati? jaga hati untuk tidak mengutuk dia, membawa cerita hal dia. tu sebabnya sya jauhkan diri. tapi orang tak mungkin faham. Haha. sya pun tak explain kat dorang. maafkan sya. tu salah satu sebab sya buat macam tu. In sha Allah, sya akan cuba dekatkan balik hubungan antara kita yang dah renggang ni.
kepada pembaca belog sya ni, tolonglah ambil pengajaran dari apa yang telah pun berlaku kat sya, biarpun, sahabat/kawan/musuh kita buat perkara yang kita tak suka, kita tak minat, kita tak berkenan, terima dengan seadanya. kalau boleh, cuba nasihat dia kalau benda tu tak elok. kita sayang sahabat kita bukan? jadi, cuba untuk nasihat dia dengan cara yang terbaik. kalau tak boleh jugak, mencegah dengan hati kerana itu adalah selemah-lemah iman. :) Wallahua'lam. Tepuk dada, tanya iman.
|