// Faith


Entries About Linkies TWITTER FOLLOW DASHBOARD

Kami takut perubahan itu... Hmm...



perubahan? kenapa takut? ini kerana hati yang berbolak balik ingin kembali ke jalan yang dulu. jalan yang jahil tu. yeah, mungkin ada yang kuat, rintangan datang macam mana pun, pastinya dia rileks jee. tapi, bagi kami, yang punyai keinginan untuk kembali, pastinya takut untuk kembali berubah ke jalan yang dulu. betapa jahilnya kami yang dulu.

secara jujur, adakalanya hati ini goyah. pada zaman fitnah ni, macam macam boleh berlaku. perkara yang kita taknak, perkara yang kita nak bendung semakin menjadi-jadi. Alhamdulillah, Allah masih kuatkan & cekalkan hati kami untuk melalui zaman fitnah ini. Alhamdulillah, ada antara kami diberikan kesedaran untuk berubah untuk jadi lebih baik. tapi, bukan semua. bukan semua punyai kekuatan itu. untuk berubah perlukan kekuatan yang sangat banyak. sebab temptationnya terlalu kuat. temptation apa? temptation untuk tidak berubah. sebab, manusia, bila dah terbiasa dengan keadaan dia yang dahulu, hati dia akan berbolak balik. banyak benda dia consider. "Kalau aku berubah, ada ke yang nak kawan dengan aku? ada ke boleh terima aku? macam mana orang fikir pasal aku nanti yea? macam mana dengan reaksi kawan-kawan aku?", bak kata sahabat sya, buat perempuan, dia ada fasa-fasa dia. mungkin ada yang tak kenal kawan sendiri nanti. Haha.

kenapa perkara ini berbangkit? sebab kita taktahu pengakhiran kita macam mana lagi. mungkin baik, mungkin sebaliknya. yang sebaliknya, Nauzubillah min zalik. kalau boleh, kita mintak jauh. taknak perkara macam tu terjadi. di mata Allah, semua sama jee. cuma yang membezakan iman & takwa. kita, manusia tak layak untuk judge manusia yang lain. iman kita turun naik sayangku. terus dan terus cari kekuatan untuk naikkan iman kita. kita manusia tak sempurna, ayat cliche sebenarnya. kalau dah tahu tak sempurna, jom cari yang hampir sempurna. jadi yang hampir sempurna. supaya kita tak lalai & leka dengan dunia ni.