|
Sediakan pelampung sebelum berenang~~
Kata-kata semalam buatkan ku sedar, "Adakalanya kita tidak perlu terlalu attached dengan someone. Letakkan separuh harapan kita dan lagi separuh, kita sediakan pelampung sebagai backup. Andai kata kita akan terjatuh tersungkur, masih ada backup lagi kat belakang. soo, kita selamat lah" :) kata-kata ni buatkan sya terfikir. yup, betul jugak tu. lagi satu, "Kita baru je kenal orang tu. baru je kenal surface dia. orangnya kita taktahu lagi. sebab sekarang ni masih baru lagi. baru satu sem." kata-kata ni sedarkan sya, untuk tidak berharap sangat. masih banyak masa. banyak yang akan berlaku. makanya, untuk jaga hati, kena sediakan pelampung-pelampung ini. untuk tidak heart broken. untuk terus cekal.
biarpun beribu kawan yang ada, hanya beberapa yang boleh kita jadikan sahabat. memang betul pun. ada jugak yang hadir untuk tegur kita, terima dengan hati yang terbuka. tak perlu provokasi. ni teguran khusus untuk diri sendiri. tak perlu melatah. orang yang tegur tu, bukan mencari kesalahan kita. tapi, dia sayangkan kita. tak perlu membenci, tak perlu bermasam muka. tu dah kira okay dia sudi tegur. daripada biar kita macam tu? biar kita dalam dunia khayalan, dunia fantasi kita je? tak mengapalah.
jadi, nasihat sya, nak percaya orang perlukan masa. terutama sahabat. mungkin kita rasa, kita dah cukup kenal dia, tapi secara dasarnya. bukan menyeluruh. pertemuan yang singkat ni, siapa boleh agak apa yang bakal berlaku? senyum tak perlu kata apa-apa. Oh yea, nak ucapkan terima kasih kerana ada juga yang sudi menegur. teguran itu ku terima dengan hati terbuka dan redha. ada betulnya tu. kena reflect balik diri sendiri ni.
|